Friday 6 July 2012

PTPTN-Wajarkah Ia Dimansuhkan ?

Kebelakangan ini kita dibangkitkan dengan isu pemansuhan PTPTN dan pembelajaran percuma untuk Institusi Pengajian Tinggi. Secara ringkas, pihak pembangkang telah mengwar-warkan mereka akan memansuhkan PTPTN sekiranya menang pilihanraya nanti. Sejumlah besar RM 43 BILLION akan lupus dalam sekelip mata. Politik ke tepi, adakah ini masuk akal? FACEBOOK PTPTN diwujudkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada bakal mahasiswa yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Mahasiswa akan mula membuat pembayaran selepas tamat tempoh pelajaran. Lazimnya mahasiswa akan mengikat perjanjian dengan dengan pihak PTPTN secara bertulis. Isu pemansuhan PTPTN benar-benar mengejutkan mahasiswa mahasiswi di negara ini,Malaysia yang sememangnya memerlukan bantuan tersebut. Lebih-lebih lagi kepada pelajar yang miskin.Isu ini timbul disebabkan ada segelintir pihak yang ingin menggunakan PTPTN untuk menarik undi berikutan pilihan raya yang akan datang. Pihak pembankang mengatakan ramai pelajar yang tidak membayar pinjaman tersebut dan menyekat pelajar untuk meneruskan pelajaran di luar negara. Itu tidak benar, pelajar boleh bayar pinjaman tersebut secara bulanan.Namun ada juga yang menyokong PTPTN dimansuhkan kerana mereka yang sudah terpelajar tidak perlu membayar pinjaman tersebut. Ini tidak adil bagi orang lain di luar sana yang ingin melanjutkan pelajaran tetapi terbantut kerana tidak memerlukan wang. Jika dilihat pada masa dahulu, orang kampung tidak dapat melanjutkan pengajian di peringkat IPTA atau IPTS berikutan masalah kewangan tetapi dengan adanya PTPTN mereka dapat menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan tidaklah hanya bergantung kepada sijil SPM sahaja untuk mencari pekerjaan dalam meneruskan hidup pada masa akan datang. Ustaz Azhar Idrus pun pernah berkata hutang mesti kena bayar.Oleh itu, apa yang dipinjam mestila perlu dibayar.
Menyentuh mengenai pendidikan percuma di Finland , melalui fakta Bank Dunia jumlah penduduk Finland hanyalah seramai 5.3 juta orang berbanding Malaysia seramai 28.4 juta . Dibanding dengan keluasan negara pula , Findland mempunyai keluasan 338,145 km persegi berbanding Malaysia 329,847 km persegi. Dari fakta diatas Findland merupakan sebuah negara yang besar sedikit dari Malaysia namun mempunyai penduduk yang kurang 5 kali ganda berbanding Malaysia . Jesteru, tidak menghairankan apabila Findland berupaya memberi pendidikan percuma kepada warganegaranya. Secara ringkasnya, PTPTN seharusnya kekal untuk menyediakan perkhidmatan pinjaman pelajaran (COLA, Cost of Living and Allowance) kepada mahasiswa dan kerana RM43 billion itu lebih baik dikekalkan, sebaliknya disuntik untuk pembangunan lain. PTPTN juga tidak boleh bertindak seperti ah-long, kerana anda semua ni adalah orang baik dan amanah, maka harus menjaga imej dan kecerdikan dari dicemari kebongkakkan dan kesombongan. Ingatlah Allah amat membenci orang yang sombong. Pelajaran percuma harus diberikan kepada yang layak sahaja. Syarat-syarat tertentu mestilah diperkukuhkan untuk menjaga nama baik dan kualiti keluaran universiti tanah air.

1 comment:

  1. Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius yang memerlukan pinjaman segera, Adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan korporat pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang melalui e-mel {} gloryloanfirm@gmail.com

    Maklumat peminjam:

    Nama Penuh: _______________
    Negara: __________________
    Jantina: ______________________
    Umur: ______________________
    Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
    Tempoh Pinjaman: ____________
    Tujuan pinjaman: _____________
    Nombor Telefon: ________
    Puan Glory

    ReplyDelete